Skip to main content

2 Sahabat Terkejut Jumpa Mayat Bayi Terapung



JOHOR BAHRU 16 Jan. - Dua sahabat yang sedang mandi-manda di sungai berhampiran Kampung Sungai Bakar Batu, Taman Perling di sini terkejut apabila menemui sebuah beg plastik terapung yang mengandungi mayat seorang bayi perempuan.
Pada mulanya, Mazni John dan Pina Paizal, kedua-duanya berusia sembilan tahun menganggap beg plastik yang terapung berhampiran mereka hanya berisi pakaian terbuang.
Namun, sebaik sahaja dua anak Orang Asli itu membuka beg plastik berkenaan, mereka menjerit ketakutan apabila menemui mayat bayi.
Dua kanak-kanak itu bergegas pulang ke rumah masing-masing yang terletak tidak jauh dari sungai berkenaan.
"Saya ingatkan ada pakaian yang dibuang dalam beg plastik itu, rupa-rupanya mayat bayi. Kami kemudian segera pulang dan memaklumkannya kepada ibu bapa kami," kata Mazni ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada penduduk kampung mengenai penemuan mayat bayi itu kira-kira pukul 1 petang.
"Polis yang bergegas ke tempat kejadian menemui satu bungkusan plastik berwarna kuning terapung di sungai sebelum membawanya naik ke darat.
"Sebaik sahaja anggota polis membuka beg plastik tersebut, mereka menemui satu mayat bayi yang masih bertali pusat," katanya ketika dihubungi di sini.
Ruslan memberitahu, pemeriksaan awal mendapati, tiada kesan kecederaan pada mayat bayi itu yang dipercayai baru dilahirkan.
Mayat bayi tersebut kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat, katanya.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan hingga kini belum ada tangkapan dilakukan.
Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai penemuan mayat bayi berkenaan diminta menghubungi talian hotline di 07-2212999 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Ape nak jadi dengan dunia sekarang????

Sumber : Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Hotel Kapsul Pertama "Shanghai "Dibuka

Menurut laporan, setiap bilik mempunyai kelebaran dan ketinggian kira-kira 110 sentimeter dan  220 sentimeter panjang.Bilik ini juga dilengkapi televisyen LCD, sambungan internet , dan lain-lain "Charge bilik dikira bedasarkan jam iaitu dengan satu kadar asas 28 yuan atau 88 yuan setiap hari Steel framed "capsules", 110 sentimeter luas dan tinggi, 220 sentimeter panjang, dengan bantal dan selimut, kipas pengudaraan, lampu boleh laras, jam penggera, soket elektrik, televisyen-televisyen LCD , dan akses internet 68 bilik bertingkat dipecah menjadi tiga kawasan, berasingan dari bilik air, tandas, kawasan merokok, kedai , dan kawasan-kawasan penyimpanan.  Pemilik hotel kapsul  merupakan orang Cina yang telah banyak menkaji tentang Negara jepun. Semasa beliau belajar di luar negara, dia bekerja " sebagai seorang pelayan / kakitangan perkhidmatan" di sebuah hotel kapsul Jepun, dia mempelajari setiap perkara dikehendaki dari perkakasan bagi perkhidmatan. Men

Koleksi Jimmy Choo Untuk Lelaki

Kalau dulu kita boleh lihat rekaan jimmy pada kaum famenim aje , sekarang jimmy telah mengorak langkah dengan memperkenalkan rekaan kasut terbaru untuk kaum lelaki.Macam-macam style kasut yang direka. Chief creative officer Mellon said: 'My vision of the Jimmy Choo man is one who exudes confidence and style whether he is an artist or an investment banker. Memang sytlo la kalau dapat pakai kasut jimmy, nak macam mana? dari rekaan harimau bintang hingga ke kudang belang,mak ai....semuaya rekaan yang mewah termasuk juga denga sepasang crocodile print Hunter wellies and gentlemen' evening slippers. Sumber : delialicious

Play Prank Hanya Untuk Mengikat Tali Kasut.WTF

Seorang remaja play Prank dengan memberhentikan sebuah bas awan semata-mata untuk mengikat tali kasutnya WTF!!! di pintu masuk bas. Kalau lihat pada Vid dekat bawah, selepas saja pintu bas dibuka remaja tersebut dengan selambanya mengikat tali kasutnya tanpa ada niat untuk menaiki bas tersebut. Sumber : chinasmack