Skip to main content

Menara 135m Mercu Tanda Baru Langkawi




LANGKAWI - Sebuah menara setinggi 135 meter dengan dua ciri istimewa, iaitu menara peninjau dan sebuah restoran, yang dianggar menelan kos lebih RM10 juta akan dibina sebagai mercu tanda baru pulau peranginan ini.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin pembinaan menara yang dirancang sejak lebih 20 tahun itu bakal menjadi tarikan baru pelancongan.
"Saya diberi penghormatan menamakan menara itu, tapi belum dapat nama yang sesuai sehingga kini," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pecah tanah di tapak pembinaan menara itu di Pantai Kuah semalam.
Beliau berkata, menara itu akan membolehkan lebih 50 pengunjung berada di tingkat atas pada satu-satu masa, dan pelancong dapat melihat pemandangan indah di sekelilingnya, termasuk ketika matahari terbenam.
Pengerusi Eksekutif Syarikat Blackrock, Datuk Abu Hassan Mohamed sebagai pemaju projek itu berkata, tanah seluas 11.33 hektar di pesisir pantai berhampiran Kuah akan ditebus guna pada bulan depan.
Beliau berkata projek pembinaan menara itu akan bermula Mac ini dan dijangka siap dalam tempoh 24 bulan. - Bernama

Cayalah, aku teringin sangat nak tengok bila menarak nak siap....


Sumber :kosmo

Comments

Popular posts from this blog

Cara Orang Kaya

Sebuah Universiti di China terkejut apabila melihat sebuah helikopter mendarat di padang kampus Universiti Dezhou. Seorang daripada pelajar tersebut dapat merakamkan kejadian tersebut dengan menggunakan handphone. Kelihatan seorang lelaki keluar dari helikopter tersebut, sementara pelajar mengerumum untuk mengetahui apa yang berlaku. Setelah itu, kelihatan seorang gadis dilaporkan merupakan pelajar di universiti tersebut menaiki kenderaan tersebut. Ini yang berlaku di China, anak orang kaya sial... Sumber : chinasmack

LEGO USB Flash Drive

Wowowowo..percaya @ tidak terpulang kepada anda semua, yang aku pasti ini merupakan flash drive pertama dari lego. Kapasiti memory hanya 2 Gb aje tapi boleh masuk macam2x. Lantak le jaanji boleh backup data....Harga USD 25 Sumber : shop.lego

Gun Flash Drive

Jangan anda sangka alat sekcil ini tidak berguna walapun ianya tidak mengeluarkan peluru, kecil-keci;nya pun mampu menyimpan data seperti gambar, video. software, dokumen dan fail. Sesuai untuk peminat-peminat pistol. Rekabentuk pistol revolver USB flash drive datang dalam 3 versi dan mempunyai kapasiti storange  2GB , 4GB , 8GB . Anda boleh dapatkan USB ini di site Brando . Harga mengikut kapasiti saiz storange diantara USD17 sehingga USD32. Sumber : brando