Skip to main content

2 Sahabat Terkejut Jumpa Mayat Bayi Terapung



JOHOR BAHRU 16 Jan. - Dua sahabat yang sedang mandi-manda di sungai berhampiran Kampung Sungai Bakar Batu, Taman Perling di sini terkejut apabila menemui sebuah beg plastik terapung yang mengandungi mayat seorang bayi perempuan.
Pada mulanya, Mazni John dan Pina Paizal, kedua-duanya berusia sembilan tahun menganggap beg plastik yang terapung berhampiran mereka hanya berisi pakaian terbuang.
Namun, sebaik sahaja dua anak Orang Asli itu membuka beg plastik berkenaan, mereka menjerit ketakutan apabila menemui mayat bayi.
Dua kanak-kanak itu bergegas pulang ke rumah masing-masing yang terletak tidak jauh dari sungai berkenaan.
"Saya ingatkan ada pakaian yang dibuang dalam beg plastik itu, rupa-rupanya mayat bayi. Kami kemudian segera pulang dan memaklumkannya kepada ibu bapa kami," kata Mazni ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada penduduk kampung mengenai penemuan mayat bayi itu kira-kira pukul 1 petang.
"Polis yang bergegas ke tempat kejadian menemui satu bungkusan plastik berwarna kuning terapung di sungai sebelum membawanya naik ke darat.
"Sebaik sahaja anggota polis membuka beg plastik tersebut, mereka menemui satu mayat bayi yang masih bertali pusat," katanya ketika dihubungi di sini.
Ruslan memberitahu, pemeriksaan awal mendapati, tiada kesan kecederaan pada mayat bayi itu yang dipercayai baru dilahirkan.
Mayat bayi tersebut kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat, katanya.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan hingga kini belum ada tangkapan dilakukan.
Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai penemuan mayat bayi berkenaan diminta menghubungi talian hotline di 07-2212999 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Ape nak jadi dengan dunia sekarang????

Sumber : Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Cara Orang Kaya

Sebuah Universiti di China terkejut apabila melihat sebuah helikopter mendarat di padang kampus Universiti Dezhou. Seorang daripada pelajar tersebut dapat merakamkan kejadian tersebut dengan menggunakan handphone. Kelihatan seorang lelaki keluar dari helikopter tersebut, sementara pelajar mengerumum untuk mengetahui apa yang berlaku. Setelah itu, kelihatan seorang gadis dilaporkan merupakan pelajar di universiti tersebut menaiki kenderaan tersebut. Ini yang berlaku di China, anak orang kaya sial... Sumber : chinasmack

LEGO USB Flash Drive

Wowowowo..percaya @ tidak terpulang kepada anda semua, yang aku pasti ini merupakan flash drive pertama dari lego. Kapasiti memory hanya 2 Gb aje tapi boleh masuk macam2x. Lantak le jaanji boleh backup data....Harga USD 25 Sumber : shop.lego

El Amarillo Berjaya Diberkas

El Amarillo atau nama sebenar beliau adalah Mendez Santiago merupakan salah seorang penjenayah yang paling dikehendaki di Mexico di mana sebelum ini ganjaran sebanyak AS$1.25 juta (RM3.81 juta) akan diberikan kepada sesiapa yang mendedahkan maklumat beliau.El Amarillo merupakan pengasas kumpulan Los Zetas. Menurut maklumat dikeluarkan oleh Sekretariat Public Security (SSP) sidang akhbar pusat, “siasatan polis mengenal pasti dia adalah orang yang bertanggungjawab untuk mengawal menyeludup pendatang asing dari Central dan South America, untuk dibawa ke negeri New Leon dan Tamaulipas.  Dia mengawal penuh  laluan-laluan dadah. Chiapas dan Oaxaca, dikenal pasti sebagai pintu utama untuk penghantaran dadah dari Amerika Tengah, mengutip cukai daripada kumpulan lebih kecil untuk membenarkan mereka menggunakan laluan dadah. said Ramón García Division Sumber : mexico.vg