Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Berita

Facebook Disaman RM3 bilion

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Pengasas dan juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook, Mark Zuckerberg dan laman web berkenaan disaman lebih AS$1 billion (RM 3.3 bilion) kerana menyiarkan artikel anti-Yahudi, lapor sebuah akhbar semalam. Saman terbabit difailkan oleh peguam yang juga seorang aktivis, Larry Klayman di sebuah mahkamah tinggi di sini pada Khamis lalu. Dalam samannya, Klayman menuduh Facebook lewat menarik semula satu muka suratnya yang bertajuk 'Intifada Palestin Ketiga' bagi menentang Israel. Menurutnya, Facebook sengaja membiarkan halaman tersebut kerana faktor komersial. Halaman Facebook itu yang mengajak orang ramai bangkit menentang Israel, menyaksikan lebih 300,000 pengguna mengklik tanda 'suka' terhadap cadangan tersebut. Intifada atau kebangkitan menentang Yahudi tersebut dirancang diadakan pada 15 Mei depan. Muka surat itu cuma dipadam oleh Facebook pada 29 Mac lalu, beberapa hari selepas beberapa orang membuat aduan termasuk Menteri Diplom...

Nenek Dijatuhi Hukuman Gantung

KUALA TERENGGANU 30 Mac - Seorang nenek yang mempunyai tujuh cucu dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar heroin seberat 92.68 gram, dua tahun lalu. Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa menjatuhkan hukuman itu terhadap Mariah Hamad, 49, dari Rantau Panjang, Kelantan selepas beliau berpuas hati bahawa tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah atas tuduhan dihadapinya. Mariah disabitkan dengan tuduhan mengedar dadah tersebut kira-kira pukul 3.45 petang, 3 Ogos 2009 di pekarangan Masjid Padang Nenas, Mengabang Telipot dekat sini. Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 39B(2) akta sama dengan memperuntukkan hukuman mati mandatori. Hakim Mohd. Yazid dalam penghakimannya menolak pembelaan tertuduh yang mendakwa tidak mengetahui kandungan bungkusan yang diambilnya daripada seorang wanita di sebuah stesen minyak di Rantau Panjang pada ...

Krisi Mesir Dan Aksi Penentang/Penyokong Mubarak

Krisis yang berlaku di Mesir  berlanjutan sehingga  ke hari yang kesepuluh di mana rakyat Mesir iaitu penyokong Pro-Mubarak dan pihak anti-Mubarak saling  bertempur di jalan awam sehingga mengundang pelbagai kejadian. Keadaan bertambah runcing apabila menurut laporan , Pihak polis dikatakan tidak dapat mengawal keaadaan di mana banyak balai-balai polis dibakar dan banyak lagi sehinggkan kejadian jenayah berlaku tanpa kawalan kerana pihak berkuasa tidak menjalakan tugas mereka. Kerajaan di bawah pimpinan Hosni Mubarak yang di katakan mengamalkan pemerintahan zalim dan kuku besi itu tidak dapat lagi mengawal kemarahan rakyat Mesir. Pelbagai reaksi orang awan dalam demonstrasi di jalan, ada diantara mereka yang cedera, yang patah dan macam-macam lagi. Menurut satu berita yang baru di perolehi, pihak kerajaan Hosni Mubarak telah menghantar  beberapa kumpulan pro kerajaan untuk bertempur dengan rakyat Mesir. Berpuluh-puluh bas menurunkan kumpulan pro kerajaan di kawa...

Replika Askar Mainan Menjadi Ancaman Di Lapangan Terbang

Pegawai Lapangan terbang mengarahkan seorang pelancong untuk membuang askar mainan yang di bawa bersama kerana takut berlakunya ancaman keselamatan. Ken Lloyd terkejut apabila dia di beritahu bahawa di dia tidak dibenarkan untuk menaiki pesawat tersebut bersama dengan 9 model Soldier toy kerana model tersebut mempunyai “Senjata Api”. Pelancong dari kanada bersama isteri beliau telah membeli replika mainan yang mempunyai senjata SA80 ketika berkunjung ke Muzium Royal  Signals di Bandford Camp Dorset. Terlalu takut sangat sehingga patung mainan pun boleh manjadi ancaman. Menurut laporan, replica mainan tersebut dihantar melalui pos ke kanada. Setelah 5 hari bungkusan post tersebut sampai ke tangan mereka. Sumber : dailymail

Wanita Terselamat Apabila Jatuh Dari Tingkat 23

Seorang wanita dikatakan terselamat apabila cuba ”throwing herself” dari tinggkat 23 sebuah hotel di pusat bandar Buenos Aires, Argentina.  Wanita tersebut jatuh dari hotel lalu mendarat betul-betul atas bumbung sebuah teksi yang diletakkan di kawasan hotel tersebut. Dia jatuh pada posisi sebelah pemandu setelah beberapa saat pemandu teksi itu keluar dari kenderaannya. Gambar di ambil menggunakan telefon Wanita berumur linkungan 30 tahun dari Argentina itu di kejarkan ke hospital Argerich akibat dari kecederaan beliau yang serius di mana,wanita tersebut mengalami pendarahan dalaman dan patah pinggang serta tulang rusuk. Pemandu teksi yang dikenali sebagai Miguel berkata, dia melihat seorang angkota polis memandang ke atas bangunan hotel tersebut lalu mendorong beliau untuk keluar sebelum teksinya dihempap oleh tubuh wanita tersebut. Ada saksi mengatakan wanita tersebut memanjat bangunan hotel lalu melompat, yang ajaibnya boleh selamat????????....Bayangkan jatuh dari tinggkat ...

Polis China Vs Babi Liar

Seekor "babi hutan" memasuki kawasan hospital Zhongji Zhigong di bandar Taiyuan menyebabkan keaadan tidak tenang . Menurut laporan setelah 3 jam mengejar babi liar,Pihak polis menembak babi liar tersebut 13 kali. Dikatakan babi hutan tersebut memasuki kawansan hospital melalui longkang, kerana bimbang pesakit dan juga orang awan sekitar kawasan di cederakan, pihak polis dengan tegas menembak bintang tersebut. Untuk memastikan yang binatang tersebut mati,seorang pegawai polis terus memukul menggunakan kayu. Serpihan kayu boleh di lihat dalam gambar tersebut. Bintang tersebut dipercayai berasal dari daerah Xishan. Sumber : chinasmack

Menara 135m Mercu Tanda Baru Langkawi

LANGKAWI - Sebuah menara setinggi 135 meter dengan dua ciri istimewa, iaitu menara peninjau dan sebuah restoran, yang dianggar menelan kos lebih RM10 juta akan dibina sebagai mercu tanda baru pulau peranginan ini. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin pembinaan menara yang dirancang sejak lebih 20 tahun itu bakal menjadi tarikan baru pelancongan. "Saya diberi penghormatan menamakan menara itu, tapi belum dapat nama yang sesuai sehingga kini," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pecah tanah di tapak pembinaan menara itu di Pantai Kuah semalam. Beliau berkata, menara itu akan membolehkan lebih 50 pengunjung berada di tingkat atas pada satu-satu masa, dan pelancong dapat melihat pemandangan indah di sekelilingnya, termasuk ketika matahari terbenam. Pengerusi Eksekutif Syarikat Blackrock, Datuk Abu Hassan Mohamed sebagai pemaju projek itu berkata, tanah seluas 11.33 hektar di pesisir pantai berhampiran Kuah akan ditebus guna pada bulan depa...

RM1.6 bilion majukan Felda seluruh negara

LABIS 18 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion untuk memaju dan membangunkan warga Felda di seluruh negara pada tahun ini. Beliau berkata, peruntukan itu merangkumi pelbagai usaha menambah baik kemudahan dan keselesaan masyarakat Felda termasuk pengurusan, pinjaman, perparitan dan prasarana yang lain. Menurutnya, peruntukan besar itu sekali gus menafikan dakwaan pihak tertentu yang mengatakan Felda bankrap. "Ini peruntukan Felda sendiri dan bukan daripada kerajaan Pusat. Siapa kata Felda bankrap? Adakah orang bankrap boleh belanja RM1.6 bilion? "Jadi, apa hal yang kata (Felda) bankrap ni? Kita punya aset RM15 bilion dan saham RM5 bilion yang boleh cair hari ini," tegasnya semasa berucap pada Majlis Ramah Mesra Pemimpin Bersama Rakyat di Padang Sekolah Kebangsaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) Felda Chemplak dekat sini hari ini. Perdana Menteri berkata, Felda tidak gentar dengan tuduhan i...

Menara Alor Setar Kembali Beroperasi

ALOR SETAR – Menara Alor Setar yang ditutup kepada umum selama empat bulan untuk kerja menaik taraf infrastruktur di kawasan tersebut kini dibuka semula. Pengurus Besarnya, Mazlan Mahmud berkata, menara itu mula dibuka sejak minggu lepas, namun pelancaran rasmi wajah baru kawasan tumpuan pelancong tersebut dijangka dilakukan hujung bulan ini. “Pelbagai acara menarik telah diatur sepanjang tahun ini seperti persembahan kebudayaan dan acara tahunan iaitu ”Star Track Camp” pada waktu cuti sekolah pada Mac, dan ”Alor Setar Tower Base Accuracy Jump Challenge” pada Mei serta MAS Idol (pertandingan nyanyian),” katanya di sini hari ini. Mazlan berkata, jumlah pengunjung ke Menara Alor Setar sepanjang 2010 sebelum ditutup pada September hingga Disember mencecah kira-kira 130,000 orang, manakala pada 2009 sekitar 200,000 pelawat mengunjungi kawasan itu. – Bernama Sumber : Kosmo