By Cedook.Blogspot.com Ramai dikalangan kita masih tidak tahu atau tidak peduli tentang masalah yang sering berlaku dalam pesekitaran kita. Apa yang aku nak ulas adalah mengenai kesihatan yang berkiatan dengan obesiti. Adakah anda salah seorang di antara golongan tersebut. Mayarakat di Malaysia selalu memandang bahawa golongan obesiti ini tidak cantik,hodoh dan lain-lain, mungkin betul tetapi adakah kita amat perihantin tentang masalah ini. Apa itu obesiti, perlukan anda megetahui ape benda obesiti itu, Obesiti didefinisikan sebagai lebihan lemak tubuh yang boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan. Obesiti berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat (Myers, 2004). Menurut satu kajian, (Kelishadi, WHO 2007), kes obesiti semakin menular di kalangan kanak kanak dan remaja di negara- negara membangun. Penyakit obesiti merupakan satu faktor utama yang akan membawa kepada rintangan terhadap insulin dan sindrom metabolik. Sindrom metabolik juga adalah tinggi dika...