Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Sains

Planet Berbatu - Nasa

WASHINGTON 11 Jan. - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), berjaya menjumpai sebuah planet berbatu dengan saiz sebesar Bumi yang mengelilingi orbit di luar sistem solar, tetapi suhunya yang terlalu tinggi tidak sesuai untuk kehidupan. Menurut agensi angkasa lepas tersebut, planet Kepler-10b yang dikesan kapal angkasa Kepler milik NASA itu, merupakan yang terkecil ditemui di luar sistem solar Bumi. Saiznya kira-kira 1.4 kali ganda Bumi dan ia berputar mengelilingi bintangnya lebih sekali dalam masa sehari, sekali gus tidak sesuai untuk didiami. "Kepler-10b tidak sesuai dihuni seperti yang dijelaskan sebelum ini. Suhu waktu siang di planet itu terlalu tinggi sehingga mencecah 1,371 darjah Celcius. "Suhu sepanas itu boleh mencairkan keluli," kata pakar NASA, Natalie Batalha menerusi satu laman sembang untuk menjelaskan penemuan tersebut. Planet baru itu juga didapati mengelilingi orbit setiap 0.84 hari dan 23 kali lebih dekat dengan bintangn...