Skip to main content

Planet Berbatu - Nasa

WASHINGTON 11 Jan. - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), berjaya menjumpai sebuah planet berbatu dengan saiz sebesar Bumi yang mengelilingi orbit di luar sistem solar, tetapi suhunya yang terlalu tinggi tidak sesuai untuk kehidupan.
Menurut agensi angkasa lepas tersebut, planet Kepler-10b yang dikesan kapal angkasa Kepler milik NASA itu, merupakan yang terkecil ditemui di luar sistem solar Bumi.
Saiznya kira-kira 1.4 kali ganda Bumi dan ia berputar mengelilingi bintangnya lebih sekali dalam masa sehari, sekali gus tidak sesuai untuk didiami.
"Kepler-10b tidak sesuai dihuni seperti yang dijelaskan sebelum ini. Suhu waktu siang di planet itu terlalu tinggi sehingga mencecah 1,371 darjah Celcius.
"Suhu sepanas itu boleh mencairkan keluli," kata pakar NASA, Natalie Batalha menerusi satu laman sembang untuk menjelaskan penemuan tersebut.
Planet baru itu juga didapati mengelilingi orbit setiap 0.84 hari dan 23 kali lebih dekat dengan bintangnya berbanding jarak planet Utarid dengan matahari.
Menurut saintis program NASA, Douglas Hudgins, penemuan tersebut merupakan satu pencapaian dalam bidang sains angkasa, walaupun tiada hidupan boleh tinggal di sana.
"Penemuan Kepler 10-b adalah satu pencapaian signifikan dalam pencarian sebuah planet yang serupa dengan Bumi.
"Walaupun planet ini tidak boleh didiami, misi ini membuktikan kita boleh mengesan kewujudan lebih banyak planet lain," katanya. - AFP

Comments

Popular posts from this blog

Cara Orang Kaya

Sebuah Universiti di China terkejut apabila melihat sebuah helikopter mendarat di padang kampus Universiti Dezhou. Seorang daripada pelajar tersebut dapat merakamkan kejadian tersebut dengan menggunakan handphone. Kelihatan seorang lelaki keluar dari helikopter tersebut, sementara pelajar mengerumum untuk mengetahui apa yang berlaku. Setelah itu, kelihatan seorang gadis dilaporkan merupakan pelajar di universiti tersebut menaiki kenderaan tersebut. Ini yang berlaku di China, anak orang kaya sial... Sumber : chinasmack

LEGO USB Flash Drive

Wowowowo..percaya @ tidak terpulang kepada anda semua, yang aku pasti ini merupakan flash drive pertama dari lego. Kapasiti memory hanya 2 Gb aje tapi boleh masuk macam2x. Lantak le jaanji boleh backup data....Harga USD 25 Sumber : shop.lego

Kalkulator Keyboard

Sebahagian besar peranti sudah memiliki aplikasi kalkulator yang built in, termasuk la komputer ko orang. Tetapi jika ko orang memerlukan cruncher nombor yang bebas, anda sekarang mempunyai pilihan untuk mendapatkan kalkulator bercirikan keyboard. Kalkulator ini dibuat untuk meniru nombor kekunci komputer. Ianya mempunyai ciri-ciri yang istimewa di mana anda boleh plug in USB ke kalkulator. Boleh didapati dalam 3 warna iaitu putih, merah dan hitam. Dihasilkan oleh IDEA,Jepun, harga USD 80. Sumber : retailfacility