Skip to main content

Bahaya Obesiti

By Cedook.Blogspot.com

Ramai dikalangan kita masih tidak tahu atau tidak peduli tentang masalah yang sering berlaku dalam pesekitaran kita. Apa yang aku nak ulas adalah mengenai kesihatan yang berkiatan dengan obesiti. Adakah anda salah seorang di antara golongan tersebut. Mayarakat di Malaysia selalu memandang bahawa golongan obesiti ini tidak cantik,hodoh dan lain-lain, mungkin betul tetapi adakah kita amat perihantin tentang masalah ini. Apa itu obesiti, perlukan anda megetahui ape benda obesiti itu, Obesiti didefinisikan sebagai lebihan lemak tubuh yang boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan. Obesiti berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat (Myers, 2004).

Menurut satu kajian, (Kelishadi, WHO 2007), kes obesiti semakin menular di kalangan kanak kanak dan remaja di negara- negara membangun. Penyakit obesiti merupakan satu faktor utama yang akan membawa kepada rintangan terhadap insulin dan sindrom metabolik. Sindrom metabolik juga adalah tinggi dikalangan orang dewasa di asia. 

Di Malaysia, sehingga tahun 2006, sebanyak 29% orang dewasa mempunyai berat badan yang berlebihan dan 14% mengalami obesiti. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa pada tahun 2015, secara kasar 2.3 bilion  penduduk di dunia akan mempunyai berat badan yang lebih dan 700 juta penduduk dunia akan mengalami obesiti. Kalau kita lihat anggaran obesiti 2.3bilion/700 juta orang adalah satu angka yang besar,tapi tak mustahil benda ini akan berlaku.


 
Masalah obesiti ini bukan sahaja terjadi  pada gologan dewasa malah peningkatan obesiti di kalangan kanak-kanak yang berumur lingkungan 7 hingga 10 tahun meningkat.6.6% bagi umur 7 tahun  dan 13.8% bagi umur 10 tahun. Sebanyak 12.8% peratus daripada kanak-kanak ini adalah lelaki. Masalah obesiti ini juga semakin ketara di kalangan remaja berumur 13 haingga 17 tahun. Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan adalah berisiko untuk menjadi obesiti apabila dewasa dan keadaaan ini akan menjurus kepada kewujudan masalah kronik yang lain pada masa hadapan (Chee et al, 2008).

Untuk pengetahuan anda, obesiti ini bukan sahaja memudaratkan badan tetapi ianya mampu mendatangkan pelbagai jenis penyakit kronik, diantaranya adalah diabetis,darah tinggi,penyakit jantung,kegagalan sistem pernafasan,kegagalan sistem perkumuhan,kanser dan sebagainya. Menurut statistik kesihatan,14.9% dari kalangan rakyat Malaysia yang berumur diantara 30 tahun ke atas menderita penyakit diabetes dan 20.7% orang dewasa yang berumur 18 tahun ke atas mempunyai kolesterol tinggi.

Obesiti berlaku desebabkan oleh beberapa faktor di antaranya adalah mengikut keturunan atau faktor genetic, tiada senaman dilakukan, pemgambilan makan atau nutrisi secara berlebihan, hormone, pengambilan ubat dan disebabkan oleh virus. 

Sedarkah anda bahawa obesiti membawa pelbagai masalah, pada pendapat aku obesiti ini adalah satu penyakit yang boleh dihindari akan tetapi jangan kita terlu obses sangat kerana badan kita perlukan lemak juga sebagai tenaga dalam badan. Sesetengah orang sangat takut kepada lemak sehingga mengundang penyakit lain pulak. Justeru aku nak sarankan kepada rakyat di Malaysia , ambil berat sikit tentang kesihatan anda kalau nak panjang umur, bukan apa kalau kita tengok zaman toknek kita dulu dia orang tak ada la penyakit kronik sebegini sebab dia orang jaga pemakanan dari sumber alam semula jadi contoh ulam..betul tak. La ni semuanya kita sapu tak kira halal ke haram tapi bagi kita orang melayu ada adabnya sebagai orang islam yang pastinya halal. Setakat ini saja celoteh cedook, dah tak larat jari nak karang ayat..


Sumber :Cedook

Comments

Popular posts from this blog

Cara Orang Kaya

Sebuah Universiti di China terkejut apabila melihat sebuah helikopter mendarat di padang kampus Universiti Dezhou. Seorang daripada pelajar tersebut dapat merakamkan kejadian tersebut dengan menggunakan handphone. Kelihatan seorang lelaki keluar dari helikopter tersebut, sementara pelajar mengerumum untuk mengetahui apa yang berlaku. Setelah itu, kelihatan seorang gadis dilaporkan merupakan pelajar di universiti tersebut menaiki kenderaan tersebut. Ini yang berlaku di China, anak orang kaya sial... Sumber : chinasmack

Joule Chroma Ipad Stand

ElementCase melancarkan produk baru iaitu Joule Chroma Ipad Stand untuk Ipad 1 dan Ipad 2. Produk Joule ini menawarkan 6 warna iaitu merah, pink, silver, oren, biru dan hitam. Joule mempunyai 3 kedudukan tilt foot untuk penyusuaian sudut dengan mudah. Features: Magnetically attached tilt foot allows for quick and easy view angle adjustments Rubber pads at the bottom assure a firm grip on any surface An Ultrasuede® lined recess holds the iPad comfortably and securely Includes a soft molded lycra zipper case A speaker port to amplify sound output Designed and made in California. Sumber : elementcase

Artis Hoolwood Tanpa Mekaup

Dalam majalah, tv show kita tengok artis nampak aje cantik bila dia orang pakai makeup. Cantikah mereka kalau tanpa makeup ???? Kim Kardashian  Gwyneth Paltrow  Jennifer Garner  Reese Witherspoon  Jessica Simpson  Pamela Anderson  Hilary Duff   Dakota Fanning  Rebecca Gayheart Dan ramai lagi, anda boleh lihat di Sini Sumber : stylebistro