Skip to main content

Suami Isteri Dituduh Bunuh Anak Sendiri


JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri bakal berdepan hukuman gantung sampai mati apabila mereka dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua tuduhan membunuh dan mendera anak sendiri sejak empat bulan lalu.
Norafizan Ludin, 30, dan Dewi Nadia Alias, 25, dituduh menyebabkan kematian Nor Dania Qistina Norafizan, 3, pada 9 Januari lalu.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah beralamat 1284-6, Jalan Tengku Mariam, Batu 17 1/2 Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram, di sini di antara pukul 9 pagi, 8 Januari hingga 9 pagi, 9 Januari.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hafizah Johor Ariff Johor.
Norafizan dan Dewi Nadia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua pula, mereka mengaku tidak bersalah mendera kakak dan adik mangsa iaitu Nor Dania Batrisha Norafizan, 5, dan Danish Irsyad Norafizan, 1, di lokasi yang sama.

Inikah yang dikatakan sikap manusia yang mempunyai akal.Ini bukannya manusai tetapi lebih daripada bintang buas. Ape la dosa adik Nor Dania Qistina Norafizan, Kita hanya sekadar boleh menghulurkan simpati dan turut sama menumpang sedih ke atas berita ini. Sama2lah kita memanjatkan doa ke hadrat Allah s.w.t. semoga rohnya dirahmati.

Al-Fatihah......

Sumber : kosmo

Comments

Popular posts from this blog

Cara Orang Kaya

Sebuah Universiti di China terkejut apabila melihat sebuah helikopter mendarat di padang kampus Universiti Dezhou. Seorang daripada pelajar tersebut dapat merakamkan kejadian tersebut dengan menggunakan handphone. Kelihatan seorang lelaki keluar dari helikopter tersebut, sementara pelajar mengerumum untuk mengetahui apa yang berlaku. Setelah itu, kelihatan seorang gadis dilaporkan merupakan pelajar di universiti tersebut menaiki kenderaan tersebut. Ini yang berlaku di China, anak orang kaya sial... Sumber : chinasmack

LEGO USB Flash Drive

Wowowowo..percaya @ tidak terpulang kepada anda semua, yang aku pasti ini merupakan flash drive pertama dari lego. Kapasiti memory hanya 2 Gb aje tapi boleh masuk macam2x. Lantak le jaanji boleh backup data....Harga USD 25 Sumber : shop.lego

El Amarillo Berjaya Diberkas

El Amarillo atau nama sebenar beliau adalah Mendez Santiago merupakan salah seorang penjenayah yang paling dikehendaki di Mexico di mana sebelum ini ganjaran sebanyak AS$1.25 juta (RM3.81 juta) akan diberikan kepada sesiapa yang mendedahkan maklumat beliau.El Amarillo merupakan pengasas kumpulan Los Zetas. Menurut maklumat dikeluarkan oleh Sekretariat Public Security (SSP) sidang akhbar pusat, “siasatan polis mengenal pasti dia adalah orang yang bertanggungjawab untuk mengawal menyeludup pendatang asing dari Central dan South America, untuk dibawa ke negeri New Leon dan Tamaulipas.  Dia mengawal penuh  laluan-laluan dadah. Chiapas dan Oaxaca, dikenal pasti sebagai pintu utama untuk penghantaran dadah dari Amerika Tengah, mengutip cukai daripada kumpulan lebih kecil untuk membenarkan mereka menggunakan laluan dadah. said Ramón García Division Sumber : mexico.vg